Monday, March 26, 2012

Cara2 Memproses Mee Kuning


Cara-cara penghasilan mi ialah pertama sekali menyukat air. Kemudian garam diletakkan ke dalam air. Kacau bahan tersebut bersama pewarna. 


Bawa bahan tadi ke mesin penguli. Kemudian tuang tepung gandum ke dalam mesin uli bersama bahan tadi. Satu baldi bahan tadi adalah sesuai untuk 25kg tepung
gandum. Biar ia diuli hingga menjadi ketulan. 


Kemudian biar ia turun ke mesin penggelek. Fungsi mesin penggelek adalah untuk menggelek tepung yang diuli hingga menjadi nipis. Mesin ini mengandungi tiga peringkat iaitu tebal, sederhana dan nipis. Biar tepung tadi digelek melalui tiga peringkat iaitu tebal, sederhana dan nipis. 


Kemudian biar ia bergerak ke mesin urat. Fungsi mesin urat adalah untuk memotong tepung tadi menjadi kecil. 

Selepas bahan tadi melalui mesin urat ia kemudian akan melalui mesin rebus. Mesin rebus akan merebus mee tadi bersama dengan air panas.


 Selepas itu, ia akan turun ke mesin pengering untuk mengeringkan mee yang telah direbus tadi. Setelah mee siap dikering, mee tersebut kemudian di bungkus di dalam plastik dan dihantar kepada
pembekal.

No comments: